Friday, December 28, 2012

Emergency!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Hati ni terasa kosong,resah,stress,kering,n macam-macam lg rase tak senang duduk.Buat tu tak kene,buat ni tak kene.Jumpe org tu rase tak kene,jumpe org ni rase tak kene.Senang kata serba serbi tak kene.

Hari ni,geng2 kahfi ber-usrah kat masjid lepas solat jumaat td.Malangnya time tu aku dlm lecture hall mendengar lecture obstetric.Sekali lagi tak dpt join diorang bergembira dalam bulatan taman syurga.Masuk minggu ni da 3 kali tak dapat join sbb selalu clash dengan hal dunia.So,da 3 minggu la kering kontang kemarau ribut pasir dalam hati ni.

Alhamdulillah masih sempat basahkan hati adik-adik,isi hati diorang supaya diorang jadik sorang rijal yg logam n ghuraba'.Sangat beruntung sbb diorang sume ready n redha utk jadik org asing yg bersinar kelogamannya. Tp malangnya hati aku ni berkarat-karat,hitam legam,sebab penuh ngan agenda dunia.Astaghfirullah.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."(3:133).

Sem ni dah habis.Cuti da nak start.Study week,then,exam.Lagi banyak duduk rumah,lagi lagho lah hati ni.Makan banyak,jadik malas,kuat tido,punca hati rosak.Nauzubillah.

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."
32:15-16

Semoga Allah memudahkan diri kita utk jage hati ni dr kemarau.

Imam Bukhari pernah kata:carilah hatimu pada 3 tempat,pertama,carilah dgn membaca al-Quran.Jika tak ditemui hati,carilah di dalam solat.Jika masih tak ditemui,carilah hatimu dengan mengingati mati.Jika masih juga tak jumpe,mohonlah drpd Allah hati yg baru.

Muhasabah utk diri sendiri n sume yg bace ni.

wassalam

Wednesday, December 12, 2012

chill

Sehebat-hebat pemimpin,Rasulullah S.A.W pon ade orang yg benci dan tentang,apatah lagi aku ni yg hanya manusia biasa.Sabar Isyafiq,sabar..I can do this...

Monday, December 10, 2012

Tak Pernah Cukup

Bismillah..
Alhamdulillah diri ni masih lg bernyawa,masih lg dalam nikmat iman dan islam.

Actually,tajuk entri ni takde kaitan langsung dengan ape yg aku sedang type nih.Entri hari ni just nak meluahkan apa yg aku lalui hari ni.Hari ni sepatutnya dapat zachut utk topan,tp aku tak dapat zachut tu sebab aku ada tak dtg kelas minggu lepas sbb demam.Tu takpe la kot,tak kesah sgt,cume kene bayar mahal la,1080 rubles kot.2 minggu punye duit belanje kot tu..

Lepas dah settle sume urusan bayar ni kat dekanat,balik rumah la kan,Alang2 kelas habis awal giler,n malas nak gi lecture (jangan tiru!).Sebelum sampai rumah,singgah la citybank jap nak withdraw duit utk bulan ni sampai bulan depan,dalam 5k rubles.Tapi malang mmg takde bau,dr citybank nak ke rumah tu,ditahan sekumpulan lelaki,then abes la lesap 5k tuh.Tak perasan langsung dr mana diorang dtg,tetibe jek ade.Maybe dah kene follow dr bank td kot.Sorang dr diorang ade pisau lipat,tp pisau tu tak dibukak la.So,mmg selamat la duit tu diorang ambik.Huh!!

Tu je kot nak cerite.Now it's complicated.Sedih pon tak,gembire pon tak,marah pon tak.Just kosong.Maybe shock kot.Hahaha!!

So pengajaran kat sini,sebelum kluar dr bank tengok dulu kanan kiri,takut2 ade org yg mencurigakan ke kan. OK.Baibai...
Wassalam...

ps:mule esok kene puasa la hari2,takpon makan kat rumah jek,ikat perut giler2.pasrah jep....:-)

Friday, November 16, 2012

Operasi Tiang Awan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Operasi tiang awan,atau dalam bahasa inggerisnye-Operation Pillar of Cloud,telah dilancarkan oleh tentera israel laknatullah pd 14 november baru2 ni;bersamaan 1 muharram 1434H.Komfem semua org tau dan up-to-date dgn operasi ni.Insyaallah before kite ke part yg lebih serius,jom sedekahkan al-Fatihah kpd syahidin yg telah syahid,tak kira di Gaza,Palestin atau di mana2 sahaja.

Al-Fatihah............

Semoga roh mereka semua ditempatkan bersama para sahabat dan para nabi.Aamiinn....

Sedikit info tentang operasi.
Operation Pillar of Cloud(OPC) ni di'rasmikan' dengan pembunuhan Ahmed Jabari,chief of the Gaza military wing of Hamas.OPC ni dikatakan sebagai serangan balas kpd semua serangan2 yg telah dilakukan oleh tentera Gaza/Hamas sepanjang bulan september,oktober dan awal november.Serangan balas tidak dilakukan sebelum2 ni sbb menurut pihak tentera israel,diorang kene tunggu masa yg sesuai utk melancarkan serangan balas.Jadi tarikh yg paling sesuai utk mereka-1 muharram,ketika mana umat Islam lain di seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru hijrah dengan aman dan sentosa.Pada tarikh ini,saudara seIslam kita dibedil,dihujani tembakan2 peluru berpandu,peluru2 senapang dll.Mereka bermandikan darah dan air mata pd 1 muharram 1434H.Semoga Allah membantu mereka dalam memenangi perjuangan menegakkan haq dan menumbangkan kebatilan.

Di facebook,ramai antara kita yg dah tukar dp,cover photo,post gambar2 n berita terkini tentang operasi ni dan status2 membantah perbuatan israel dan mendoakan kemenangan pihak Islam.Situasi ni berlaku di laman sosial ni adalah bertujuan utk memberi kesedaran dan update kpd pengguna2 laman sosial tersebut akan betapa kejamnya israel laknatullah,dan betapa tersiksanya saudara seIslam kite di Gaza.Namun,adakah kita semua aware pasal perkara ni,pasal penindasan yg berlaku di Gaza sekiranya tiada serangan balas dr pihak israel,OPC ni?Ya memang betul,niat kite ialah utk menjadikan org lain juga peka dengan perkara ini dan ini amatlah baik dan bagus,kerana secara tak langsung org lain juga akan turut berdoa utk kemenangan saudara-saudara kita,tapi,janganlah jadikan perkara ni suatu perkara yg mengikut aliran semasa.Bilamana org share,kite pon ikot share,bila org tuka dp/cover photo,kita pon ikot tukar.Ya memang betul ini nak menunjukkan betapa kita menyokong yg haq,tetapi sejauh mana istiqamah kita dalam menyokong perkara ini?Adakah bila perkara ini reda,kita tukar balik dp/cover photo kpd gambar kita yg hensem,kita tidak lagi tulis status,update pasal isu semasa yg berlaku di gaza/palestin sebaliknya post benda2 lain?Tunjukkan sokongan jitu kita,sokongan padu kita dengan istiqamah,dengan semangat,tak kira apa musim sekalipon,tak kira ada serangan atau tidak,kerana kita sedia maklum bahawa israel SENTIASA menyerang muslimin di Gaza,cuma tiada hebahan mengenainya.Tembakkan doa untuk mereka setiap masa tanpa mengira ada serangan yg dihebahkan,kerana doa yg istiqamah menunjukkan betapa seriusnye kita,betapa pedulinya kita dengan nasib saudara seIslam.Insyaallah,Allah pasti akan mendengar doa kita dan memberi kemenangan kpd saudara kita.Janji Allah itu pasti,umat Islam pasti akan menang.

Penghayatan.Ya,sejauh mana kita menghayati isu ini?Boikot itu,boikot ini,share itu,share ini.Memang,ini sahajalah ikhtiar kita utk membantu saudara2 kita yg dizalimi.Namun,adakah kita faham kenapa kita boikot,kenapa kita share itu ini?Adakah sbb kawan2 kita sume post pasal isu ni,kita pon terase oh,aku patot post jugak,share jugak?Ingat ye kawan2,laman sosial bukan kita punye,bukan umat Islam shj yg ada laman sosial.Kita juga perlu menghormati kebebasan laman sosial org lain.Kita berniat untuk meng-aware-kan rakan2 kita,tak kira muslim or non-muslim tentang betapa kejamnya israel tu.Tapi instead of kawan2 non muslim kita rase ape yg we expect utk diorang rase,diorang akan rase yg kita ni annoying.Kenapa?Diorang tgk kita ni cam mwngikut trending semasa.One of my fren,non muslim,tanye:"knape budak2 ni sume tetibe smangat ramai2 share pasal isu israel n gaza ni,sedangkan dah mmg dr dulu israel serang gaza?sblom2 ni only certain2 people jek yg share.yg lain2 cam tak kesah pon.Korang ni btol2 sokong ke,or ikut2 jek?"

Next,isu boikot produk buatan israel or yg ada kaitan dgn israel.Kita selalu nampak ade org share,kene boikot produk ni la,barang ni la,restoran ni la.Tapi pernahkah kita tau secara detail kenapa perlu boikot?Ape pulak hukumnya bile tak boikot?ramai antara kita yg share pasal boikot2 ni tp tak tau knape kene boikot,ape yg kite tau die ade relation dengan israel,so nnt israel gune duit utk beli bom,bom umat islam.Tu jek?Ya,memboikot produk yg ade kaitan secara langsung atau tidak langsung kpd sumber ekonomi israel adalah salah satu ikhtiar kecil kita bg membantu saudara kita yg dizalimi dan ditindas,sangat betul cara ini.Akan tetapi,kita perlulah memahami dan menghormati hak org lain jugak. tak perlulah meletakkan gambar makanan produk sesebuah restoran dengan meletakkan darah di laman sosial,kerana kawan2 kita yg non-muslim mempunyai hak mereka utk makan ape yg mereka nak.Mungkin kalau nak jugak,share lah gambar2 seumpama ini yg audiens nye cume umat islam sahaja.Perkara seperti ini mempunyai banyak penerimaan nya,ade yg boleh terima dgn mudah,ade jugak yg takleh terima.Maka,berfikirlah ye b4 menekan butang share di la,an sosial.

Ini ialah sekadar pendapat sy tentang isu sekarang ni.Mintak maaf jika penulisan kali ni menyentuh sensitiviti mane2 pihak,or ade part yg kurang jelas.Jika terdapat perkara berbangkit,atau ingin menyatakan pendapat korang tentang ape yg telah ditulis,sy mohon sangat2 komen di bawah ni or pm sy di facebook..Sy bertanggungjawab sepenuhnye terhadap penulisan sy.

Saya mengajak korang semua berdoa bersama2:
bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Iraq dan di semua tempat.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.
Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terdhalimi di Iraq dan semua tempat.
Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah, binasakanlah Amaerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukani yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka
aaamiiiinnn......

Wednesday, November 14, 2012

Muharram,detik permulaan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Sebelum start mengarut lg kat entry kali ni,pertama skali aku nak panjatkan kesyukuran,Alhamdulillahi Rabbil'alamiin,sbb sehinga ke time ni,date hari ni,aku masih lg diberi peluang nak menikmati keindahan Islam n Iman,n banyak lagi nikmat2 lain yg Dia sediakan utk semua umat manusia.Insyaallah maghrib ni,masoklah kite sume ke tahun hijrah yg baru 1434H.Makanya,dr kiraan kalendar hijrah,setelah diperkenankan oleh surat beranak aku,maka insyaallah,alhamdulillah,aku akan masok ke umur 22 tahun...subhanallah..dah 22 tahon aku hidup..Tapi malangnye,selama 22 tahun ni lah,aku dpt rasekan yg aku tak sumbang tenaga jasa super power aku utk Islam..Banyak sangat main,enjoy dengan nikmat duniawi.Astaghfirullah...Ampunkan dosa aku ya Allah,juga dosa rakan2 seperjuangan yg juga mungkin banyak main macam aku,tp aku komfem lg banyak....Aaamiiinn...

So,1Muharram,or kalau kat Malaysia org kate Maal Hijrah,ape maknanya?Ape yg perlu kita buat sempena tarikh ni?
Party?
Makan2?
Majlis doa selamat?
Bace doa akhir n awal tahun?
Tak buat pape?

1 Muharram ni merupakan hari pertama bulan pertama bulan hijrah,yg mane sistem bulan hijrah ni diperkenalkan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a. semasa pemerintahan khulafa' ar-Rasyidin utk memudahkan segala proses pengurusan pentadbiran.Maal hijrah pulak bermaksud bersama-sama hijrah,tp ini tak bermaksud 1 muharram ni ialah tarikh Rasulullah kita dan para sahabat berhijrah.So setakat ni,fahamkan?

So what are the main points here?
Maybe just nak terangkan sikit secara ringkas ape yg sebenar-benarnye pasal tahun baru hijrah ni.
1.Penetapan bulan muharram sebagai bulan pertama tahun hijrah.
Pada zaman pemerintahan khulafa' ar-Rasyidin,iaitu pd zaman pemerintahan Saidina Umar,satu sistem pentarikhan diperlukan bg memudahkan urusan pentadbiran negara memandangkan daulah islamiah pd ketika itu sedang berkembang pesat.

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama.
(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

So daripada kisah kat atas ni,jelaskan?(malas nak hurai panjang2)

2.Tarikh hijrah Rasulullah
Ramai yg salah erti n salah faham dgn kata bulan muharram ialah bulan dimana Rasulullah n sahabat berhijrah ke madinah.Sebenarnya tanggapan ini tak tepat.Tahun hijrah dipanggil tahun hijrah bersempena hijrahnya Rasulullah pd bulan rabiulawal tahun tersebut,bukan bulat muharram.Mengikut kitab sirah ade mengatakan bahawa Rasulullah tiba di kota Yathrib pd 12 Rabiulawal.Huraian ini kuat mengatakan muharram bukanlah bulan hijrahnya Rasulullah.

Jadi insyaallah lepas ni kita bole sama2 sebarkan dan perbetlkan konsepsi ni dgn kawan2 kita sbb boleh kata most of our friends salah faham atas perkara ni.
Satu perkara lagi yg menjadi perbahasan ramai org is how we should celebrate tahun baru hijrah.Tidak terdapat sebaang amalan khusus sempena tahun baru hijrah.Takde pulak menjadi kewajipan utk kite membace doa awal n akhir tahun seperti yg bamyak diperkatakan oleh ramai orang.Namun,ia takdelah menjadi penghalang jika kia nak bace doa2 tersebut kerana berdoa tu adalah satu cara hamba mendekatkan diri pd Yang Maha Esa.Cumanya,tak perlulah sambut new year hijrah macam sambut new year masihi kerana dikhuatiri mengikut budaya yg tidak elok.Tidak salah meletakkan tahun baru sbg satu turning point or batu asas utk same2 melihat misi n visi diri sndiri dgn meletakkan azam dan cita2 utk tahun tersebut n sbg satu titik tolak utk muhasabah apa yg dah pernah kita buat sepanjang tahun yg baru je berlalu.Nah!Amacam?Ada faham tak?hahahaha

So lastly,salam maal hijrah kpd pembaca blog,semoga tahun ni lg baik dr tahun sebelumnye.Semoga tahun ni kita semakin rajin beramal an beribadat insyaallah.....
Assalamualaikum...

p/s:ari ni sambut bday kat kelas.cam biasa,pulut kuning!!!!homesick siap...hahahaha

Saturday, November 10, 2012

Lead Yourself to Lead Others

Bismillah ar-rahman ar-rahim...
Pagi sabtu yg indah dgn ketiadaan kelas.Alhamdulillah..Tapi sikit boring sbb tak tau nak buat ape dok rumah sorang2.Lapar pon ade.Kalau time ade kelas sampai pukul 12 pon tak rase lapar lg,ni baru pukul 10 da lapar.Ye,aku jenis yg tak reti tido balik lepas da bangun pagi.So dok depan pc,tekan2 refresh tak abes2..hahaha

So semalam ada hari mengundi kat sini.Undi untuk MSA,for the next leaders.Alhamdulillah,aku masih lg terpilih utk sambung jawatan as batch representative for this penggal.A bit tak puas hati,tp insyaallah ry nak terima dengan redha.

Jadik ketua ni bukanlah satu urusan mudah.Ada org kata jadik ketua ni senang,dok diam2,fikir camne nak selesai masalah@fikir pape program,then arah org bawahan utk kerja.SALAH SUNGGUH TANGGAPAN ITU!Ketua atau pemimpin ni sentiasa meletakkan tanggungjawab diorang di depan prioriti sendiri sbb once selected as a leader,that particular person memegang amanah each of eveyone yg elected that leader.It is not that easy to have sumthing to carry on the shoulder ( walaupun kite tak nampak ade sebijik amanah atas bahu ketua tu cam batu).So please bear in mind to those who always talk back about our leader,they are not just sit back and relax their ass,but they have a mountain of duty to do,just only to serve all the people,including you the backtalkers.

Pada mulanya,aku sndiri rasa cam taknak ah nak continue post ni sbb penat dah bekerja ngan satu masyarakat yg hanya nak disuap je macam ikan flowerhorn dalam akuarium + to many backtalkers and backstabbers.Tapi tu semua mmg tak dapat nak dielakkan.Dalam satu komuniti pasti akan ade org yg menyumbang utk menyelesaikan masalah dan org y menyumbang kpd penambahan masalah (quoted fro  yesterday's speech).So knape perlu aku undur diri?Take this as a challenge and move your ass,be the best leader in the world.Rasululullah lagi ramai penentang dan pembenci,tp pernahkah baginda give up?(tetibe terngiang lagu jason mraz i wont give up).So dengan rasminya aku terimalah jawatan batchrep ni dengan redha.Tenkiu yep besfren.hahaha.(knape eh ayat die slalu buat aku berfikir panjang on most everything?i really appreciate it)

And by the way,bila kita dilantik @ diamanahkan satu jawatan @ tugas,itu bukanlah atas pilihan manusia,tp manusia adalah perantara atas pilihan Allah.Allah percaya pd kebolehan kita,knape kita sndiri tak percaya pd diri sendiri?

"ikhlaskan hati untuk pegang tnggujwab tu.Do ur work to pleased Him. I know x mudah kan, sbb xle duk rilek2 mcm org lain. tapi bila kita ikhlas sume nya akan oke je  :)
if people trust u, why dont u trust urself."-besfren

So that is it.Berkhidmat utk Allah,agama,masyarakat n diri sendiri.Insyaallah Allah redha.
Assalamualaikum.

ps:entry ditulis semasa perut terasa amat lapar.haha
pss:entry ditaip menggunakan ab terbaru penulis,so maybe ade typo di mana2,faham2 sndiri la yep..hihi

Saturday, November 3, 2012

My 4th Autumn

Bismillah...Assalamualaikum...(ade org bace ke?)

Hari ni alhamdulillah kelas takdak,so aku decide nak kluar jalan menikmati ke-ohsem-an autumn ciptaan Allah..Alhamdulillah,subhanallah......So aku nak share la sikit2 gambar yg aku dapat snap(tengok in real lg lawa dr gamba2 ni)




























Banyak lg sebenarnye nak ambik gambar,tp sebab da kesejukan so ape lagi,aku chow la balik..haha..
Kbai.Wassalam..

Monday, October 1, 2012

Blaja2 Fotografi

Bismillah..Assalamualaikum warahmatullah..
Aku baru-baru lagi berjinak-jinak dengan bidang fotografi.Banyak jugak lah dah snap-snap ni,tp tak semua jadik.Maklumlah,DSLR ni bukan senang.Alah,bukan ape pon,saje-saje blaja nak jadikan hobi.Orang kate hobi yg baik ni bole jadikkan hati tenang,release tension dan lain-lain.Alhamdulillah,dengan ambik2 gambar ni,semakin terpegun dengan anugerah n keindahan ciptaan Allah.Sambil berhobi,sambil tarbiyah diri.Nah,sikit2 antara gambar yg tak jadik yg diambik malam pemilihan bandar2 di Rusia utk jadik hos FIFA 2018...







Ahaa.Tak lawa pon kan..Baru2 lagi belajar,ape pon tak reti lagi...Hehe
Nanti aku upload lg gambar2 autumn yg di-capture pagi Ahad before liga futsal semalam ok.Tata.
Assalamualaikum,barakallahulakum...^_^

p/s: credit to Khairul Anuar aka roomate aku bagi pinjam Nikon D5000..insyaallah ade rezeki nanti aku beli sendiri yek kerol..

Tuesday, September 25, 2012

‘IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK'

Assalamualaikum
Satu kisah tentang anak muda yg di-copy paste dr satu page lain..Harap diambil iktibar

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. 

Teruna : Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. 

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” 
(an Nur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. 

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

~The End~



Monday, June 18, 2012

Kepala

Bismillah...
Alhamdulillah,sekarang ni musim exam,so i'm not planning nak blog panjang2.Cuma nak share something pasal ape yg berlaku kat Mesir skarang ni.Election utk presiden Mesir ke-4 dah pon selamat dijalankan dengan bantuan Allah.Dan dengan bantuan Allah,seorang pemimpin yg awesome dah dipilih.Kenal tak siapa?Nama beliau  Dr. Muhammad Mursi.Aku tak baca banyak pasal beliau,tapi ni serba sedikit lah pasal dia:


1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yang berjanji di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yang pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan 
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran. 


So?Macam mane?Awesome tak?
Tak lama lagi PRU pulak kat Malaysia.Memang takde seorang pon calon pemimpin yg menyamai ciri-ciri ni,tp diharapkan rakyat Malaysia dapat pilih pemimpin yg terbaik lah utk meneruskan syariat Allah.Kalau kepalanya bijak,dah tentu badannye sihat.


Selamat mengundi!!!

p/s:Good luck utk exam final yg berbaki 1/2 paper lg..Bittaufiq wannajah fil imtihan..:)

Thursday, May 31, 2012

K-Pop-Model-To-Be

"...jika inginkan kebahagiaan,bahagiakanlah orang yang paling rapat dengan kita.Insyaallah bahagia menghampiri kita..."

Assalamualaikum...
I'm not gonna blog panjang2 hari ni,but just a little sharing. Here,di Volgograd,orang yg paling rapat dengan aku ialah kawan2 sekelas dengan aku.Its already about 3 years we studying together,so,pada akulah,diorang happy,aku pun happy.
Diorang ni lah antara kawan2 yg the best yg pernah aku ada.









Semoga persahabatan kite semua berkekalan even nnt dah bz dengan kerjaya masing2 lepas 4 tahun nnt. Tu je kot..Renung2kan ayat yg besar kat atas tu ye,baru faham entri ni..hehe..
Wassalam....
 
© Copyright 2035 Hands around us
Theme by Yusuf Fikri