Saturday, April 21, 2012

Indahnya


Cuba bayangkan,anda mempunyai sebuah kereta yang telah anda modified mengikut citarasa anda.Ketika anda bertemu dengan rakan-rakan anda,kereta anda diejek dan dipermain-mainkan.Anda sebagai tuan kereta pastinya marah dan tidak selesa.

Bagaimana pula dengan Allah yang menciptakan segala sesuatu yang ada dimuka bumi ini?Bersyukur dan ucapkan puji-pujian kepada Allah,Tuhan semesta alam yang telah menciptakan langit dan bumi serta sekalian alam dengan indahnya.

Setiap ciptaan Allah itu,tidak kira baik atau buruk,pasti memberi faedah kepada setiap hambaNya.

Manis Bicara




“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik (positif) dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahuinya tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” 

(Surah an-Nahl ayat 125)

Wednesday, April 18, 2012

A Fresh Start

Bismillah.
Alhamdulillah,akhirnya tercapai jugak hasrat nak bukak blog baru.Kenapa perlu blog baru?Saje,nak tukar angin,tukar ibrah bak kata orang.Insyaallah kat blog ni,aku cuba utk tulis entri2 yg mungkin bermanfaat kepada diri jugak kepada member2 yang baca.Kalau dalam blog lama,banyak mengarut jek,so insyaallah in this new blog,takde dah mengarut2 ni.


Sebagai permulaan aku cuma nak share pengalaman aku pergi ke Nizhny Novgorod hari tu.Tiap2 tahun,malaysian students kat russian universities organizing Malaysian Intervarsity Games and tahun ni Nizhny jadik tuan rumah.Tak banyak beza pon MIGA tahun ni ngan tahun2 yg lain,cume ade beberape je la

  • Perjalanan - kali ni perjalanan pergi agak panjang,lebih kurang 24 jam jugak lah dalam bas.Bertolak dari Volgo 8am sampai lebih kurang 7am.Agak lama jugak lah kalau nak dibandingkan dengan 2 tahun sebelum ni yg cume ambik masa belas2 jam je.Macam biasa,jalan raya kat rusia ni takde lah cantik sangat,so banyak la lubang2,lopak2 air,rekahan2 atas jalan yg melambatkan lg perjalanan.Nak tido pon tak boleh.Cabaran paling susah pd aku bila dalam bas is jaga wuduk.Maklumlah,dah naik bas 24 jam,takkan tak solat kan.kat rusia ni takde R&R yg ade bilik solat,so solat la dalam bas.Menjadi seorang muslim yang mukmin,jika perkara paling asas,wic is solat,tak boleh jaga,macam mana kita nak jamin yang lain2 akan terjaga.Tak kira apa keadaan sekali pon,solat jgn tinggal.Selagi mampu berdiri,bangkitlah solat,jika tak mampu berdiri,duduklah bersolat,jika tak mampu duduk,baringlah bersolat,jika dalam keadaan berbaring sekali pun tak mampu,gunakan isyarat mata,jika buta,hati masih ada untuk bersolat.Takde sebab untuk tak solat.Ok^_^
  • Penginapan - kontijen volgograd ditempatkan di cotage house yg agak jauh dr main arena@lokasi games.Eventhough jauh,still bilik2 yg kitorang huni are the best!!!Katil sangat empuk,bilik cantik,tv flatscreen,jacuzi,sauna..pehhh...kalau tuan rumah organize MIGA seminggu pon aku tak kesah.Aku letak 5 bintang lah untuk penginapan.
  • Games - acara berlangsung 3 hari,start jumaat,habis ahad.
    1st day agak penat as kitorang semua baru je sampai,and dah kene bergegas untuk opening ceremony and beberape games pagi tu.Opening ceremony-nothing interesting,cuma yg lainnya tahun ni,ada cheerleader yg sexy!!!Astaghfirullah.Jaga pandangan anda,tundukkan selagi mana mampu. "macam mana kau tau sexy kalau kau tak tengok?"-mesti terlintas soklan ni kan.Obviously,mane ade cheerleader pakai baju longgar2,baju2 yg cukup kain.Komfem2 pakai skirt,baju ketat,nampak tu,nampak ni,kan?ade jugak la tertengok sikit.Astaghfirullah,lagha sangat cerita pasal cheerleader.So lepas opening ceremony,games pon start,and aku,whose game was on the 2nd day,duduk la takde kerje,hampir mati kebosanan.Terjerit2 bersorak utk team volgo,sampai hampir hilang suara.Untuk 1st day,ade 2 org member injured,yg sorang terseliuh mase main netball,sorang lg berlaga ngan opponent mase main futsal.Berkejar2 la aku yg takde kerja ni mencari medic bag,usung beg tu ke mana2.Malam tu,malam perdana.Adat MIGA,malam perdana akan 'diserikan' dengan tarian2 dan sketsa dr tuan rumah.Tahun ni punye malam perdana sangat mengecewakan,terlampau banyak persembahan yg mengusik iman...Haih..Dengan kpop nye,kalau laki ok lg,yg ni hok puan ni pon nak tiru kpop gak..tak cantik ok!!hahaha...Ada satu performance ni,musical sketch la,sgt2 kotor!tak matured langsung!So overall,malam perdana ni,bak kata Dato' Embassy,gagal mencapai target.
    2nd day,game aku-indoor hoki.Macam tahun2 sebelum ni,lagi sekali kitorang kalah teruk.Taknak lah cerita panjang2 pasal hoki ni,memalukan jek.Tapi at least takde lah kena bantai,paling2 teruk pon kalah 2-1.Lain2 sume kalah 1-0.Advantage kat team lain sbb diorang ada player negeri lah,player daerah lah,kitorang yg kat volgo ni just tau main jek,not terer main.But ok la,ade improvement jugak.So,aku,sbg lastman utk team kitorang,agak terok jugak la injured.Kaki tempang 2 hari.Maklumlah,sekor2 sume main hoki nak emo,sampai jek dekat ngan aku nak diving la,acting la,siap ade yg pukul 'bola' wic is kaki aku lg.Ape kejadahnye sume nih...Hahahaha..Standard la bersukan,kalau tak injured tu,mmg takkan ade development lah,so nak ade development,jgn takut injured.
    So overall,kontijen volgo dapat tempat ke-5 dgn 1 gold,5 silver,1 bronze.Tetapi,kitorang sume tak sedih,sebab tahun depan volgo pulak tuan rumah,so,revenge!

Utk 3rd day of the event,nothing interested to be told,and kitorang balik volgo petang ahad n sampai pagi isnin.
Pengajaran
  1. jaga solat tak kira apa situasi
  2. sportmanship - jgn emo time games,usaha sehabis baik
  3. jaga pandangan - tak kira secantik mana pon ciptaan Allah tu,kalau dah haram utk dipandang,haram jugak.Lelaki ni,mmg dah fitrah suke tengok bende2 camni,so kawal lah diri (nasihat utk diri sendiri jugak)
So,untuk permulaan,entri ni agak panjang,Terima kasih kpd yg sudi baca.Semoga kita semua tergolong dalam muslim yg mukmin yg mendapat lindungan dan hidayah dr Allah.
Wassalam.


Opening Ceremony

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan rasminya blog yang diberi nafas baru dibuka!!!

 
© Copyright 2035 Hands around us
Theme by Yusuf Fikri