Thursday, May 31, 2012

K-Pop-Model-To-Be

"...jika inginkan kebahagiaan,bahagiakanlah orang yang paling rapat dengan kita.Insyaallah bahagia menghampiri kita..."

Assalamualaikum...
I'm not gonna blog panjang2 hari ni,but just a little sharing. Here,di Volgograd,orang yg paling rapat dengan aku ialah kawan2 sekelas dengan aku.Its already about 3 years we studying together,so,pada akulah,diorang happy,aku pun happy.
Diorang ni lah antara kawan2 yg the best yg pernah aku ada.









Semoga persahabatan kite semua berkekalan even nnt dah bz dengan kerjaya masing2 lepas 4 tahun nnt. Tu je kot..Renung2kan ayat yg besar kat atas tu ye,baru faham entri ni..hehe..
Wassalam....

Saturday, May 26, 2012

Cantiknya Bibir Awak

Untuk membentuk bibir yg menawan
ucapkan kata-kata kebaikan

 Untuk membentuk bibir yang menawan
katakan kata-kata kebenaran

Untuk membentuk bibir yang menawan
janji-janji perlu dikotakan

Untuk membentuk bibir menawan
pujilah tanda-tanda kebesaran

Untuk membentuk bibir menawan
zikir-zikir dilafazkan

Untuk membentuk bibir menawan
singkirkan segala penipuan

Untuk membentuk bibir menawan
selawat ke atas Rasulullah junjungan

Wednesday, May 23, 2012

Love Story---Nikah

Di Volgograd shj dah ada beberapa pasangan yang dah bernikah,beberapa pasangan yang akan nikah tak lama lagi,beberapa pasangan yang merancang utk bernikah,beberapa pasangan yg ber-couple (insyaallah nikah la kot tak lama lg),dan ramai yang berfikir dan merancang utk bernikah di usia muda semasa belajar.Aku macam mana?Tipulah kalau nak kata tak fikir langsung.Ada jugak terfikir,dah start lah planning itu ini.Kepada zaujah-to-be-whichidontknowyetwho,sabaq naa,nnt Allah akan bawak aku kepadamu bila masanya sampai..hehe...

"...Ramai orang bercerita pasal nikah di usia muda,tapi tak ramai yang bercerita mati di usia muda..."
Apa pendapat korang dengan statement kat atas ni?Terasa?Terkena?Memang patut terasa,terkena pon.

Bismillah,Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah,Allah tidak lupe utk mengejutkan aku untuk bangun pagi ni utk menghirup nikmat udara pagi bersama kemanisan Iman dan Islam.Sesungguhnya Allah takkan lupa,tetapi hambaNya yang selalu lupa,alpa n leka.
Entri kali ni aku start dengan satu statement,satu realiti masa kini yg berlaku dalam kalangan anak2 muda n para ibubapa yg mana anak2 dah mencecah 20tahun ke atas.Aku memang agak terasa,terkena,tertembak dengan statement ni,yg mane aku terbaca drpd tweet sorang kawan aku.Statement ni buat aku terfikir,kenapa perlu berbicara,bercakap,berbincang pasal hal2 tunang,nikah, atau kahwin di usia muda sedangkan ajal n maut itulah lebih pasti.


Anak-anak muda belia zaman sekarang ni terlalu banyak di-exposed dengan pengalaman2 senior2 n ustaz2 ustazah2 yg rata2 kahwin diusia muda remaja semasa masih belajar lagi.Jadi masing2 pun berbunga2lah hati nak ikut jejak langkah ustaz2 ustazah2 senior2 ni.Nikah@kahwin,kebanyakan dari kite para belia ni tak berfikir panjang tentang perkara ni.Memang,nikah diusia muda bertujuan nak elakkan diri dr terjebak ke lembah zina,tetapi sejauh mana kita pernah berusaha utk menjauhi zina ni?kahwin bukan jalan penyelesaian utk menjauhkan diri dari terjebak ke arah zina.SALAH SAMA SEKALI!!
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berPUASA kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya."
Nah,sebijik hadis yang dah bagi penyelesaian,penjelasan,bahawa kahwin@nikah bukan satu-satunya jalan penyelesaian,jalan penghalang seseorang dari melakukan zina.PUASA,satu ibadat yang disyariatkan Allah,yang dicadangkan oleh Rasulullah,sebagai satu wacana penghalang bagi umat manusia dari melakukan kejahilan.Bagaimana puasa ni,sekadar sesimple puasa n tak se-complicated kahwin di usia muda ni mampu menjaga hati2 anak muda ni drpd terjebak ke lembah zina?Hakikatnya puasa bukanlah satu ibadat yg simple,bukan sekadar menahan lapar dr terbit fajar hingga terbenam matahari,bahkan lebih dari itu.Puasa ialah menahan diri dari lapar dan dahaga,perkara2 yang membatalkan puasa,dan dari segala perbuatan yang mencemarkan ibadat puasa.Bukan setakat nafsu makan dan minum shj,malah semua jenis nafsu perlu di-suppress-kan semasa berpuasa;nafsu tengok tv,nafsu mencarut,nafsu mengumpat,nafsu skodeng awek di jalan2 raya dan banyak lagi.Korang masih bernafsu semasa puasa?Normal-lah tu,kite ni kan manusia,mana boleh buang terus nafsu ni,tapi yang kite boleh:MERENDAHKAN nafsu tu.Aku pernah terdengar dr talk sumone:"bila seseorang mampu meletakkan nafsu didalam genggamannya dan mampu mengawalnya,maka dia telah mendapat full control of badan dia".
Kesimpulan aku,janganlah menggunakan alasan nak mengelakkan diri dari zina sebagai wacana utk korang2 ni kahwin di usia muda,sebab bukan satu,bahkan banyaaaaaak lagi cara untuk meng-kontrol diri dari terjebak ke lembah perzinaan.

Berbalik semula kepada statement kat atas td,mati di usia muda.Sudahkah anda bersedia?Kita sibuk kumpul duit,utk sara anak bini di masa akan datang,tapi sudahkah kita kumpul 'duit' untuk bekalan kat akhirat nnt?Yakinkah kita yg duit yg kita kumpul utk masa depan kat dunia yg fana nih,sempat kita guna untuk diri,anak dan keluarga kelak?Yakin ke?

Pasti ramai yg geleng kepala.Takde sorang pon antara kita yg tahu bila malaikat Izrael akan datang utk mencabut nyawa kita.Tahukah kita yg malaikat izrael ni ada disekeliling kita tiap2 hari?
diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
Nampak,dikala kita bergelak ketawa,bergolek-golek,sibuk dengan urusan duniawi,malaikat izrail kebingungan  tengok anak2 Adam ni.Dah tau mati tu pasti,dah tau ajal maut tu ada di mana2,tapi selalu lupa.Di masa muda ni lah,gunakan keperkasaan kita ni utk beribadat kpd Allah,kumpul harta untuk digunakan kat akhirat kelak.Kumpulan nasyid Raihan buat lagu ingat 5 perkara sblm 5 perkara bukan untuk menjadi siulan kite,tp utk menjadi peringatan.
MUDA SEBELUM TUA,HIDUP SEBELUM MATI


Memang,jodoh pertemuan dan ajal maut tu di tangan Allah,semua dah ditentukan,tapi adilkah kita if kita cuma pentingkan jodoh pertemuan shj?Macam mana dengan ajal maut?Tak pasti kah ajal maut tu?
Aku beli satu motosikal baru.Maka aku pon jagalah motor ni elok2,basuh hari2,lap hari2,gilap hari2,kadang2 siap hantar kedai lagi untuk bg nampak berkilat,nampak baru,so that member2 sume puji n terpegun tengok motor kita.Tapi aku tak pernah peduli pon pasal enjin,maintainance motor tu.hanya sekadar isi minyak bila minyak dah habis,isi angin bile tayar dah pancit.Adilkah aku kat motor ni?(tak faham analogi?takpe,satu hari nnt korang akan faham)



So kat sini aku nak tekankan lah,bg yg dok fikir2 pasal nak kahwin tu,eloklah,at least ade perancangan masa depan wic is bagus,akan tetapi lebihkan lah fikir pasal ajal maut yg datang tak kira masa dan usia.Kalau dok fikir pasal nak kahwin jek,lupa,leka dan alpa dengan janji Allah yang kematian itu pasti,maka bayangkanlah kesudahannya kat akhirat kelak.


Entri kali ni tak berniat nak provoke mana2 pihak,sekadar perkongsian pendapat dan teguran kepada diri sendiri yg lately jugak dok fikir pasal kahwin muda.Kepada my zaujah-to-be,kalau kite ditakdirkan bertemu before ajal menegur,insyaallah kita akan bersama.Sekiranya belum pasti pertemuan halal kita,tumpukanlah perhatian,jiwa dan raga pada pertemuan dengan malaikat izrail dan Allah yang pasti.

Wassalam.

have a nice day!!!






p/s:asif jiddan sekiranya ade kesilapan dalam huraian atau tidakkematangan dalam mengulas topik.

Wednesday, May 9, 2012

Champ!!!

Bismillahirrahminirrahim
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana hari ni aku masih lg diberikan nikmat udara untuk dihirup,untuk terus menikmati kemanisan iman dan islam.Subhanallah.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran juga kepada Allah atas nikmat2 lain yg Dia dah kurniakan kpd aku sepanjang 2 minggu yg lepas.Sungguh,nikmat Allah tu sgt luas,
Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat (ilmu) Tuhanku, maka akan habislah lautan ini sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).
(Al-Kahfi: 109)
Hijrah

Ertikata hijrah tu sangat luas.Biasanya kita akan dgr org dok sebut2 pasal hijrah ni bila dekat2 dengan tahun baru hijrah,maal hijrah.Tapi aku nak perbetulkan la persepsi sebilangan daripada kita pasal hijrah.Hijrah ni bermaksud perpindahan,pertukaran dr satu tempat ke tempat yg lain (dr segi bahasa),ataupun,hijrah ni jugak boleh didefinisikan as perpindahan,perubahan,pertukaran dr satu keadaan ke satu keadaan yg lebih baik.Ramai dalam kalangan kita sekarang menganggap hijrah ni sekadar perubahan dr satu tempat ke tempat yg lain atau dr yg buruk kpd baik.Tp pada hakikatnya,perubahan dr yg baik kepada yg lebih baik adalah jugak satu hijrah.Sebagai contoh,berkawan dgn seseorang yg lebih baik walaupun kawan yg sedia ada sudah cukup baik adalah satu bentuk hijrah.Satu penghijrahan tu tak bermakna kite cuma mendapat 1 shj faedah drpdnya,bahkan,tanpa disedari sangat banyak faedah atau manfaat dr hijrah tersebut.Saidina ‘Ali R.A pernah berkata :
"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."
Alhamdulillah,aku dah berhijrah dr 1 kvartira (apartment) ke kvartira yg lain,selepas bermacam2 ujian drpd Allah.Sungguh benar,Semakin banyak dugaan utk mendapatkan sumthing,bermakna Allah sedang menyediakan sesuatu yg hebat utk kite.Alhamdulillah,kvartira baru ni sangat memuaskan dan selesa.Hijrah kvartira,hijrah biah(suasana) jugak.Lepas seminggu duduk kat kvartira baru dengan housemates baru yg sgt happening n friendly,Alhamdulillah Allah dah banyak mengubah aku menjadi seseorang yg lebih baik.Insyaallah,kami akan sama2 berhijrah,tak perlu drastik,kerana di dalam Islam,segala kejadian adalah berperingkat-peringkat.


День победи (hari kemenangan)
Kitorang bertolak dr Volgo-Moscow pd ahad lepas,pukul 6 ptg dengan bas utk satu karnival ragbi anjuran malaysian student kat moscow.Perjalanan yg agak panjang,tp oleh sebab dah biasa,14 jam dalam bas dah tak jadik masalah utk kitorang sume. Setelah 3 tahun main ragbi kat volgo,akhirnya ni lah masanya utk buktikan sejauhmana keberkesanan training kitorang.
Match berlangsung semalam,8 Mei 2012,10 pagi sampai 4 ptg.First match kitorang,Volgo vs. Nizhny.Selang satu game sebelum game kitorang,Nizhny menang game dengan M1,so pd kitorang,Nizhny mmg satu team yg hebat.Lepas berhempas pulas selama 20 minit atas padang,kitorang seri 0-0 dengan Nizhny.Alhamdulillah.Next game, Volgo vs MAI.Player dr MAI agak besar2 kalau nak dicompare ngan kitorang yg maybe ade 2 3 org yg same saiz ngan diorang.So,kitorang decide,kalau sebelum2 ni lawan dengan russian pon bole bg pressure,takkan stakat Malaysian jek nak takot.SO kitorang masuk padang dengan yakin,all-out,hiraukan sakit,cramp,terseliuh,akhirnya kitorang menang 7-5.Alhamdulillah.
Game dengan M2 agak kurang memberi pressure kat kitorang as team diorang baru jek formed.So diorang lack of training,lack of experience,but kitorang tak sikit pon pandang rendah kat diorang.Bukan cara seorang muslim utk memandang rendah pd opponent.So kitorang lawan team M2 sama cam kitorang lawan nizhny n MAI n alhamdulillah,kitorang menang 29-0.Game seterusnya,dengan M1 terpaksa ditangguhkan sebab hujan lebat+guruh kuat.Memang tak jadik masalah utk main dalam hujan,tp padang ialah kawasan lapang yg menjadi tarikan kilat.So,bahaya lah.lepas hujan reda sikit,game terakhir kitorang bermula.Ni merupakan game penentuan either kitorang champion or sekadar no.2.Dengan basah kuyup,padang licin,bola licin,kitorang teruskan usaha sebaik mungkin.Akhirnya,kitorang seri 5-5 dengan M1 dan dengan ini kitorang dinobatkan as juara Malaysian Youth Rugby 10's Carnival Moscow 2012.Alhamdulillah,semua usaha kitorang terbalas dengan kemenangan ni.
 medal,piala kumpulan dan hadiah istimewa utk champion,bola rugby yg di-signed oleh russian international rugby players.
 bergambar b4 our first fight
 keceriaan setelah menjadik champion utk tournament kali ni
 ruggers melantak sehari sebelum game
warm up 

Selepas tamat game,boleh kata each player mengerang kesakitan sbb effect ibuprofen(pain killer) dah hilang,termasuk aku.Time ni lah nak sakit kaki,sakit bahu,sakit peha macam2 lah.Kalau masa kat dalam padang,darah2 camne pon chill jek (hensem habis:P).Lepas habis majlis,sume cam baby.Kitorang bertolak balik ke volgo malam semalam,pukul 10 dr moscow.Bergerak jek bas,semua terlena tanpa mengeluarkan suara.Betullah kata Dato' Embassy,ruggers ni selalunye tido lena lepas training or match.Hahaha

More pictures will be uploaded,so stay tuned.Ini shjlah untuk hari ni.Semoga kita dapat ambik mana2 yg boleh dibuat pengajaran n terapkan dalam hidup kita InsyaAllah.
wassalam.
 
© Copyright 2035 Hands around us
Theme by Yusuf Fikri