Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Hati ni terasa kosong,resah,stress,kering,n macam-macam lg rase tak senang duduk.Buat tu tak kene,buat ni tak kene.Jumpe org tu rase tak kene,jumpe org ni rase tak kene.Senang kata serba serbi tak kene.
Hari ni,geng2 kahfi ber-usrah kat masjid lepas solat jumaat td.Malangnya time tu aku dlm lecture hall mendengar lecture obstetric.Sekali lagi tak dpt join diorang bergembira dalam bulatan taman syurga.Masuk minggu ni da 3 kali tak dapat join sbb selalu clash dengan hal dunia.So,da 3 minggu la kering kontang kemarau ribut pasir dalam hati ni.
Alhamdulillah masih sempat basahkan hati adik-adik,isi hati diorang supaya diorang jadik sorang rijal yg logam n ghuraba'.Sangat beruntung sbb diorang sume ready n redha utk jadik org asing yg bersinar kelogamannya. Tp malangnya hati aku ni berkarat-karat,hitam legam,sebab penuh ngan agenda dunia.Astaghfirullah.
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."(3:133).
Sem ni dah habis.Cuti da nak start.Study week,then,exam.Lagi banyak duduk rumah,lagi lagho lah hati ni.Makan banyak,jadik malas,kuat tido,punca hati rosak.Nauzubillah.
"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."
32:15-16
Semoga Allah memudahkan diri kita utk jage hati ni dr kemarau.
Imam Bukhari pernah kata:carilah hatimu pada 3 tempat,pertama,carilah dgn membaca al-Quran.Jika tak ditemui hati,carilah di dalam solat.Jika masih tak ditemui,carilah hatimu dengan mengingati mati.Jika masih juga tak jumpe,mohonlah drpd Allah hati yg baru.
Muhasabah utk diri sendiri n sume yg bace ni.
wassalam