Tuesday, November 4, 2014

Cinta

Mengingati tidak bererti mencintai
mengingati itu ada ketikanya,ada waktunya
Tetapi mencintai itu tidak mengenal waktu dan ketika
Setiap masa,setiap ketika
Setiap helaan nafas
Di setiap denyut jantung
Ia hadir membelai diri
Terasa kebersamaan yang dekat bila saling mencintai.

Mencintai itu
Tidak bererti harus memiliki
Namun
Bila memiliki harus mencintai.

Mencintai itu
Akan membawa hati
Jauh dari Ilahi
Jika asasnya bukan kerana Ilahi
Namun hati
Akan senantiasa dekat kepada Ilahi
Jika pokok pangkalnya Ilahi,

Mencintai itu membutuhkan pengorbanan
Menuntut kesetiaan
Mewarnai kebahagiaan
Dan melupakan kekurangan.

Mencintai itu...Ia rasa hati
Tidak boleh dipaksa
Tidak boleh disuruh
Ia hadir dengan sendiri
Bila saatnya harus mencintai
Cinta pasti hadir
Dengan izinNya.

Murni
Ya cinta itu murni
Kerana ia datang dr Ilahi
Semoga terus terpatri
Hingga Jannah nanti.






-dr.Isyafiq-
8.18am
4 November 2014

 
© Copyright 2035 Hands around us
Theme by Yusuf Fikri