Monday, October 1, 2012

Blaja2 Fotografi

Bismillah..Assalamualaikum warahmatullah..
Aku baru-baru lagi berjinak-jinak dengan bidang fotografi.Banyak jugak lah dah snap-snap ni,tp tak semua jadik.Maklumlah,DSLR ni bukan senang.Alah,bukan ape pon,saje-saje blaja nak jadikan hobi.Orang kate hobi yg baik ni bole jadikkan hati tenang,release tension dan lain-lain.Alhamdulillah,dengan ambik2 gambar ni,semakin terpegun dengan anugerah n keindahan ciptaan Allah.Sambil berhobi,sambil tarbiyah diri.Nah,sikit2 antara gambar yg tak jadik yg diambik malam pemilihan bandar2 di Rusia utk jadik hos FIFA 2018...







Ahaa.Tak lawa pon kan..Baru2 lagi belajar,ape pon tak reti lagi...Hehe
Nanti aku upload lg gambar2 autumn yg di-capture pagi Ahad before liga futsal semalam ok.Tata.
Assalamualaikum,barakallahulakum...^_^

p/s: credit to Khairul Anuar aka roomate aku bagi pinjam Nikon D5000..insyaallah ade rezeki nanti aku beli sendiri yek kerol..

Tuesday, September 25, 2012

‘IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK'

Assalamualaikum
Satu kisah tentang anak muda yg di-copy paste dr satu page lain..Harap diambil iktibar

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. 

Teruna : Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. 

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” 
(an Nur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. 

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

~The End~



Monday, June 18, 2012

Kepala

Bismillah...
Alhamdulillah,sekarang ni musim exam,so i'm not planning nak blog panjang2.Cuma nak share something pasal ape yg berlaku kat Mesir skarang ni.Election utk presiden Mesir ke-4 dah pon selamat dijalankan dengan bantuan Allah.Dan dengan bantuan Allah,seorang pemimpin yg awesome dah dipilih.Kenal tak siapa?Nama beliau  Dr. Muhammad Mursi.Aku tak baca banyak pasal beliau,tapi ni serba sedikit lah pasal dia:


1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yang berjanji di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yang pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan 
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran. 


So?Macam mane?Awesome tak?
Tak lama lagi PRU pulak kat Malaysia.Memang takde seorang pon calon pemimpin yg menyamai ciri-ciri ni,tp diharapkan rakyat Malaysia dapat pilih pemimpin yg terbaik lah utk meneruskan syariat Allah.Kalau kepalanya bijak,dah tentu badannye sihat.


Selamat mengundi!!!

p/s:Good luck utk exam final yg berbaki 1/2 paper lg..Bittaufiq wannajah fil imtihan..:)

Thursday, May 31, 2012

K-Pop-Model-To-Be

"...jika inginkan kebahagiaan,bahagiakanlah orang yang paling rapat dengan kita.Insyaallah bahagia menghampiri kita..."

Assalamualaikum...
I'm not gonna blog panjang2 hari ni,but just a little sharing. Here,di Volgograd,orang yg paling rapat dengan aku ialah kawan2 sekelas dengan aku.Its already about 3 years we studying together,so,pada akulah,diorang happy,aku pun happy.
Diorang ni lah antara kawan2 yg the best yg pernah aku ada.









Semoga persahabatan kite semua berkekalan even nnt dah bz dengan kerjaya masing2 lepas 4 tahun nnt. Tu je kot..Renung2kan ayat yg besar kat atas tu ye,baru faham entri ni..hehe..
Wassalam....

Saturday, May 26, 2012

Cantiknya Bibir Awak

Untuk membentuk bibir yg menawan
ucapkan kata-kata kebaikan

 Untuk membentuk bibir yang menawan
katakan kata-kata kebenaran

Untuk membentuk bibir yang menawan
janji-janji perlu dikotakan

Untuk membentuk bibir menawan
pujilah tanda-tanda kebesaran

Untuk membentuk bibir menawan
zikir-zikir dilafazkan

Untuk membentuk bibir menawan
singkirkan segala penipuan

Untuk membentuk bibir menawan
selawat ke atas Rasulullah junjungan

Wednesday, May 23, 2012

Love Story---Nikah

Di Volgograd shj dah ada beberapa pasangan yang dah bernikah,beberapa pasangan yang akan nikah tak lama lagi,beberapa pasangan yang merancang utk bernikah,beberapa pasangan yg ber-couple (insyaallah nikah la kot tak lama lg),dan ramai yang berfikir dan merancang utk bernikah di usia muda semasa belajar.Aku macam mana?Tipulah kalau nak kata tak fikir langsung.Ada jugak terfikir,dah start lah planning itu ini.Kepada zaujah-to-be-whichidontknowyetwho,sabaq naa,nnt Allah akan bawak aku kepadamu bila masanya sampai..hehe...

"...Ramai orang bercerita pasal nikah di usia muda,tapi tak ramai yang bercerita mati di usia muda..."
Apa pendapat korang dengan statement kat atas ni?Terasa?Terkena?Memang patut terasa,terkena pon.

Bismillah,Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah,Allah tidak lupe utk mengejutkan aku untuk bangun pagi ni utk menghirup nikmat udara pagi bersama kemanisan Iman dan Islam.Sesungguhnya Allah takkan lupa,tetapi hambaNya yang selalu lupa,alpa n leka.
Entri kali ni aku start dengan satu statement,satu realiti masa kini yg berlaku dalam kalangan anak2 muda n para ibubapa yg mana anak2 dah mencecah 20tahun ke atas.Aku memang agak terasa,terkena,tertembak dengan statement ni,yg mane aku terbaca drpd tweet sorang kawan aku.Statement ni buat aku terfikir,kenapa perlu berbicara,bercakap,berbincang pasal hal2 tunang,nikah, atau kahwin di usia muda sedangkan ajal n maut itulah lebih pasti.


Anak-anak muda belia zaman sekarang ni terlalu banyak di-exposed dengan pengalaman2 senior2 n ustaz2 ustazah2 yg rata2 kahwin diusia muda remaja semasa masih belajar lagi.Jadi masing2 pun berbunga2lah hati nak ikut jejak langkah ustaz2 ustazah2 senior2 ni.Nikah@kahwin,kebanyakan dari kite para belia ni tak berfikir panjang tentang perkara ni.Memang,nikah diusia muda bertujuan nak elakkan diri dr terjebak ke lembah zina,tetapi sejauh mana kita pernah berusaha utk menjauhi zina ni?kahwin bukan jalan penyelesaian utk menjauhkan diri dari terjebak ke arah zina.SALAH SAMA SEKALI!!
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berPUASA kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya."
Nah,sebijik hadis yang dah bagi penyelesaian,penjelasan,bahawa kahwin@nikah bukan satu-satunya jalan penyelesaian,jalan penghalang seseorang dari melakukan zina.PUASA,satu ibadat yang disyariatkan Allah,yang dicadangkan oleh Rasulullah,sebagai satu wacana penghalang bagi umat manusia dari melakukan kejahilan.Bagaimana puasa ni,sekadar sesimple puasa n tak se-complicated kahwin di usia muda ni mampu menjaga hati2 anak muda ni drpd terjebak ke lembah zina?Hakikatnya puasa bukanlah satu ibadat yg simple,bukan sekadar menahan lapar dr terbit fajar hingga terbenam matahari,bahkan lebih dari itu.Puasa ialah menahan diri dari lapar dan dahaga,perkara2 yang membatalkan puasa,dan dari segala perbuatan yang mencemarkan ibadat puasa.Bukan setakat nafsu makan dan minum shj,malah semua jenis nafsu perlu di-suppress-kan semasa berpuasa;nafsu tengok tv,nafsu mencarut,nafsu mengumpat,nafsu skodeng awek di jalan2 raya dan banyak lagi.Korang masih bernafsu semasa puasa?Normal-lah tu,kite ni kan manusia,mana boleh buang terus nafsu ni,tapi yang kite boleh:MERENDAHKAN nafsu tu.Aku pernah terdengar dr talk sumone:"bila seseorang mampu meletakkan nafsu didalam genggamannya dan mampu mengawalnya,maka dia telah mendapat full control of badan dia".
Kesimpulan aku,janganlah menggunakan alasan nak mengelakkan diri dari zina sebagai wacana utk korang2 ni kahwin di usia muda,sebab bukan satu,bahkan banyaaaaaak lagi cara untuk meng-kontrol diri dari terjebak ke lembah perzinaan.

Berbalik semula kepada statement kat atas td,mati di usia muda.Sudahkah anda bersedia?Kita sibuk kumpul duit,utk sara anak bini di masa akan datang,tapi sudahkah kita kumpul 'duit' untuk bekalan kat akhirat nnt?Yakinkah kita yg duit yg kita kumpul utk masa depan kat dunia yg fana nih,sempat kita guna untuk diri,anak dan keluarga kelak?Yakin ke?

Pasti ramai yg geleng kepala.Takde sorang pon antara kita yg tahu bila malaikat Izrael akan datang utk mencabut nyawa kita.Tahukah kita yg malaikat izrael ni ada disekeliling kita tiap2 hari?
diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
Nampak,dikala kita bergelak ketawa,bergolek-golek,sibuk dengan urusan duniawi,malaikat izrail kebingungan  tengok anak2 Adam ni.Dah tau mati tu pasti,dah tau ajal maut tu ada di mana2,tapi selalu lupa.Di masa muda ni lah,gunakan keperkasaan kita ni utk beribadat kpd Allah,kumpul harta untuk digunakan kat akhirat kelak.Kumpulan nasyid Raihan buat lagu ingat 5 perkara sblm 5 perkara bukan untuk menjadi siulan kite,tp utk menjadi peringatan.
MUDA SEBELUM TUA,HIDUP SEBELUM MATI


Memang,jodoh pertemuan dan ajal maut tu di tangan Allah,semua dah ditentukan,tapi adilkah kita if kita cuma pentingkan jodoh pertemuan shj?Macam mana dengan ajal maut?Tak pasti kah ajal maut tu?
Aku beli satu motosikal baru.Maka aku pon jagalah motor ni elok2,basuh hari2,lap hari2,gilap hari2,kadang2 siap hantar kedai lagi untuk bg nampak berkilat,nampak baru,so that member2 sume puji n terpegun tengok motor kita.Tapi aku tak pernah peduli pon pasal enjin,maintainance motor tu.hanya sekadar isi minyak bila minyak dah habis,isi angin bile tayar dah pancit.Adilkah aku kat motor ni?(tak faham analogi?takpe,satu hari nnt korang akan faham)



So kat sini aku nak tekankan lah,bg yg dok fikir2 pasal nak kahwin tu,eloklah,at least ade perancangan masa depan wic is bagus,akan tetapi lebihkan lah fikir pasal ajal maut yg datang tak kira masa dan usia.Kalau dok fikir pasal nak kahwin jek,lupa,leka dan alpa dengan janji Allah yang kematian itu pasti,maka bayangkanlah kesudahannya kat akhirat kelak.


Entri kali ni tak berniat nak provoke mana2 pihak,sekadar perkongsian pendapat dan teguran kepada diri sendiri yg lately jugak dok fikir pasal kahwin muda.Kepada my zaujah-to-be,kalau kite ditakdirkan bertemu before ajal menegur,insyaallah kita akan bersama.Sekiranya belum pasti pertemuan halal kita,tumpukanlah perhatian,jiwa dan raga pada pertemuan dengan malaikat izrail dan Allah yang pasti.

Wassalam.

have a nice day!!!






p/s:asif jiddan sekiranya ade kesilapan dalam huraian atau tidakkematangan dalam mengulas topik.

Wednesday, May 9, 2012

Champ!!!

Bismillahirrahminirrahim
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana hari ni aku masih lg diberikan nikmat udara untuk dihirup,untuk terus menikmati kemanisan iman dan islam.Subhanallah.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran juga kepada Allah atas nikmat2 lain yg Dia dah kurniakan kpd aku sepanjang 2 minggu yg lepas.Sungguh,nikmat Allah tu sgt luas,
Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat (ilmu) Tuhanku, maka akan habislah lautan ini sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).
(Al-Kahfi: 109)
Hijrah

Ertikata hijrah tu sangat luas.Biasanya kita akan dgr org dok sebut2 pasal hijrah ni bila dekat2 dengan tahun baru hijrah,maal hijrah.Tapi aku nak perbetulkan la persepsi sebilangan daripada kita pasal hijrah.Hijrah ni bermaksud perpindahan,pertukaran dr satu tempat ke tempat yg lain (dr segi bahasa),ataupun,hijrah ni jugak boleh didefinisikan as perpindahan,perubahan,pertukaran dr satu keadaan ke satu keadaan yg lebih baik.Ramai dalam kalangan kita sekarang menganggap hijrah ni sekadar perubahan dr satu tempat ke tempat yg lain atau dr yg buruk kpd baik.Tp pada hakikatnya,perubahan dr yg baik kepada yg lebih baik adalah jugak satu hijrah.Sebagai contoh,berkawan dgn seseorang yg lebih baik walaupun kawan yg sedia ada sudah cukup baik adalah satu bentuk hijrah.Satu penghijrahan tu tak bermakna kite cuma mendapat 1 shj faedah drpdnya,bahkan,tanpa disedari sangat banyak faedah atau manfaat dr hijrah tersebut.Saidina ‘Ali R.A pernah berkata :
"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."
Alhamdulillah,aku dah berhijrah dr 1 kvartira (apartment) ke kvartira yg lain,selepas bermacam2 ujian drpd Allah.Sungguh benar,Semakin banyak dugaan utk mendapatkan sumthing,bermakna Allah sedang menyediakan sesuatu yg hebat utk kite.Alhamdulillah,kvartira baru ni sangat memuaskan dan selesa.Hijrah kvartira,hijrah biah(suasana) jugak.Lepas seminggu duduk kat kvartira baru dengan housemates baru yg sgt happening n friendly,Alhamdulillah Allah dah banyak mengubah aku menjadi seseorang yg lebih baik.Insyaallah,kami akan sama2 berhijrah,tak perlu drastik,kerana di dalam Islam,segala kejadian adalah berperingkat-peringkat.


День победи (hari kemenangan)
Kitorang bertolak dr Volgo-Moscow pd ahad lepas,pukul 6 ptg dengan bas utk satu karnival ragbi anjuran malaysian student kat moscow.Perjalanan yg agak panjang,tp oleh sebab dah biasa,14 jam dalam bas dah tak jadik masalah utk kitorang sume. Setelah 3 tahun main ragbi kat volgo,akhirnya ni lah masanya utk buktikan sejauhmana keberkesanan training kitorang.
Match berlangsung semalam,8 Mei 2012,10 pagi sampai 4 ptg.First match kitorang,Volgo vs. Nizhny.Selang satu game sebelum game kitorang,Nizhny menang game dengan M1,so pd kitorang,Nizhny mmg satu team yg hebat.Lepas berhempas pulas selama 20 minit atas padang,kitorang seri 0-0 dengan Nizhny.Alhamdulillah.Next game, Volgo vs MAI.Player dr MAI agak besar2 kalau nak dicompare ngan kitorang yg maybe ade 2 3 org yg same saiz ngan diorang.So,kitorang decide,kalau sebelum2 ni lawan dengan russian pon bole bg pressure,takkan stakat Malaysian jek nak takot.SO kitorang masuk padang dengan yakin,all-out,hiraukan sakit,cramp,terseliuh,akhirnya kitorang menang 7-5.Alhamdulillah.
Game dengan M2 agak kurang memberi pressure kat kitorang as team diorang baru jek formed.So diorang lack of training,lack of experience,but kitorang tak sikit pon pandang rendah kat diorang.Bukan cara seorang muslim utk memandang rendah pd opponent.So kitorang lawan team M2 sama cam kitorang lawan nizhny n MAI n alhamdulillah,kitorang menang 29-0.Game seterusnya,dengan M1 terpaksa ditangguhkan sebab hujan lebat+guruh kuat.Memang tak jadik masalah utk main dalam hujan,tp padang ialah kawasan lapang yg menjadi tarikan kilat.So,bahaya lah.lepas hujan reda sikit,game terakhir kitorang bermula.Ni merupakan game penentuan either kitorang champion or sekadar no.2.Dengan basah kuyup,padang licin,bola licin,kitorang teruskan usaha sebaik mungkin.Akhirnya,kitorang seri 5-5 dengan M1 dan dengan ini kitorang dinobatkan as juara Malaysian Youth Rugby 10's Carnival Moscow 2012.Alhamdulillah,semua usaha kitorang terbalas dengan kemenangan ni.
 medal,piala kumpulan dan hadiah istimewa utk champion,bola rugby yg di-signed oleh russian international rugby players.
 bergambar b4 our first fight
 keceriaan setelah menjadik champion utk tournament kali ni
 ruggers melantak sehari sebelum game
warm up 

Selepas tamat game,boleh kata each player mengerang kesakitan sbb effect ibuprofen(pain killer) dah hilang,termasuk aku.Time ni lah nak sakit kaki,sakit bahu,sakit peha macam2 lah.Kalau masa kat dalam padang,darah2 camne pon chill jek (hensem habis:P).Lepas habis majlis,sume cam baby.Kitorang bertolak balik ke volgo malam semalam,pukul 10 dr moscow.Bergerak jek bas,semua terlena tanpa mengeluarkan suara.Betullah kata Dato' Embassy,ruggers ni selalunye tido lena lepas training or match.Hahaha

More pictures will be uploaded,so stay tuned.Ini shjlah untuk hari ni.Semoga kita dapat ambik mana2 yg boleh dibuat pengajaran n terapkan dalam hidup kita InsyaAllah.
wassalam.
 
© Copyright 2035 Hands around us
Theme by Yusuf Fikri