Saturday, May 11, 2013

Upacara pembersihan blog + Fireworks

*Entri mengandungi ayat-ayat poyo yang tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung.Tidak menyentuh isu-isu sensitif mane-mane pihak politik,sesuai untuk semua peringkat umur,tidak seram tapi meletup-meletup:P*








Uhuk uhuk..
Bismillah.
Assalamualaikum.
Nampak sawang-sawang,lelabah,habuk-habuk di mana-mana kat blog ni.Dah seabad tak menjengah.Malas.Tak tahu nak blog ape walaupon banyak je isu boleh di-blog.Readers (ade kah?),sorry ya.So nak vacuum sawang-sawang ni suma dengan entri bosan ni.

PRU13 baru je habis dengan kemenangan ragu-garu Barisan Nasional.Tahniah kepada yg menang,dan kepada yg belum menang,ingat,Allah belum nak kasik menang lagi lah tu.Kepada cybertroopers,sudah-sudahlah sebar itu ini pasal politik kat laman sesawang sosial,rimas tau.Sebar la hadis-hadis ke,nasihat-nasihat ke,bermanfaat la jugak utk kaum manusia sejagat dunia akhirat. *peh ayat*

Kat Volgograd,ataupon general-nye,kat Rusia,diorang ni sambut hari kebangsaan/kemenangan diorang 9 Mei yg lepas.Boleh kata besar-besaran jugak lah sambutan ni,dengan parade kereta berhias,konsert,tari-menari lambak,bersiar-siar di taman-taman penuh tulip-tulip,etc etc.Pagi hari ni memang aku duduk 'berlemak' je kat rumah,sayang kulit lah kot,nnt sunburn,balik Malaysia takut mak tak kenal,dikatanya anak bangla mane ntah.Haha.So nak dijadikan cerita,keluar petang je lah,ade picnic team piring terbang yg enang gold baq ang STIG X april hari tu.Tambah lemak lagi.Entah dah berape puluh kilo naik berat badan ni.

Yang paling best-fireworks competition malam tu.Alhamdulillah diberi keizinan Allah utk menonton,menembak,menangkap bunge-bunge api tersebut.Haha.Ape lagi,bersila atas rumput,pacak kamera,pegang remote control,snap snap snap.Sebagai photographer yg even below amateur level,hasil gambar tu bole la kot nak dibanggakan-Alhamdulillah.
Nah aku share gambaq-gambaq munge api.




















































Terima kasih kat Aniq,sebab die yang ajaq aku cam mane nak tangkap gambaq-gambaq nih.1st time ni.Nak share gambaq ni sume kat fb segan baq ang,so kat blog je lah kot,takde orang sangat,tak segan sangat.Hihihi.

Tu je kot,nak share gambar je ekceli.Hehe.

See ya!

Assalamualaikum.

*p/s:
  1. dah masuk bulan Rejab oi.Moh le kita beramai-ramai tambah amalan untuk bekalan ke alam sana
  2. exam dah dekat,study malas.bittaufiq wannajah kepada semua!
  3. sangat teruja dengan gambaq-gambaq yg Jonah upload.pegi la tgk FB die.^__^
  4. dah nak balik mesia bang oi!welcome home,welcome home *nyanyi2 lagu*
  5. kpd 'anda',dah hujung-hujung sem ni,makin dekat nak exam,komfem makin stress.Handle your stress,be cool n never forget Allah (amboi speaking)
  6. *teeettttt*

Friday, December 28, 2012

Emergency!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Hati ni terasa kosong,resah,stress,kering,n macam-macam lg rase tak senang duduk.Buat tu tak kene,buat ni tak kene.Jumpe org tu rase tak kene,jumpe org ni rase tak kene.Senang kata serba serbi tak kene.

Hari ni,geng2 kahfi ber-usrah kat masjid lepas solat jumaat td.Malangnya time tu aku dlm lecture hall mendengar lecture obstetric.Sekali lagi tak dpt join diorang bergembira dalam bulatan taman syurga.Masuk minggu ni da 3 kali tak dapat join sbb selalu clash dengan hal dunia.So,da 3 minggu la kering kontang kemarau ribut pasir dalam hati ni.

Alhamdulillah masih sempat basahkan hati adik-adik,isi hati diorang supaya diorang jadik sorang rijal yg logam n ghuraba'.Sangat beruntung sbb diorang sume ready n redha utk jadik org asing yg bersinar kelogamannya. Tp malangnya hati aku ni berkarat-karat,hitam legam,sebab penuh ngan agenda dunia.Astaghfirullah.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."(3:133).

Sem ni dah habis.Cuti da nak start.Study week,then,exam.Lagi banyak duduk rumah,lagi lagho lah hati ni.Makan banyak,jadik malas,kuat tido,punca hati rosak.Nauzubillah.

"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."
32:15-16

Semoga Allah memudahkan diri kita utk jage hati ni dr kemarau.

Imam Bukhari pernah kata:carilah hatimu pada 3 tempat,pertama,carilah dgn membaca al-Quran.Jika tak ditemui hati,carilah di dalam solat.Jika masih tak ditemui,carilah hatimu dengan mengingati mati.Jika masih juga tak jumpe,mohonlah drpd Allah hati yg baru.

Muhasabah utk diri sendiri n sume yg bace ni.

wassalam

Wednesday, December 12, 2012

chill

Sehebat-hebat pemimpin,Rasulullah S.A.W pon ade orang yg benci dan tentang,apatah lagi aku ni yg hanya manusia biasa.Sabar Isyafiq,sabar..I can do this...

Monday, December 10, 2012

Tak Pernah Cukup

Bismillah..
Alhamdulillah diri ni masih lg bernyawa,masih lg dalam nikmat iman dan islam.

Actually,tajuk entri ni takde kaitan langsung dengan ape yg aku sedang type nih.Entri hari ni just nak meluahkan apa yg aku lalui hari ni.Hari ni sepatutnya dapat zachut utk topan,tp aku tak dapat zachut tu sebab aku ada tak dtg kelas minggu lepas sbb demam.Tu takpe la kot,tak kesah sgt,cume kene bayar mahal la,1080 rubles kot.2 minggu punye duit belanje kot tu..

Lepas dah settle sume urusan bayar ni kat dekanat,balik rumah la kan,Alang2 kelas habis awal giler,n malas nak gi lecture (jangan tiru!).Sebelum sampai rumah,singgah la citybank jap nak withdraw duit utk bulan ni sampai bulan depan,dalam 5k rubles.Tapi malang mmg takde bau,dr citybank nak ke rumah tu,ditahan sekumpulan lelaki,then abes la lesap 5k tuh.Tak perasan langsung dr mana diorang dtg,tetibe jek ade.Maybe dah kene follow dr bank td kot.Sorang dr diorang ade pisau lipat,tp pisau tu tak dibukak la.So,mmg selamat la duit tu diorang ambik.Huh!!

Tu je kot nak cerite.Now it's complicated.Sedih pon tak,gembire pon tak,marah pon tak.Just kosong.Maybe shock kot.Hahaha!!

So pengajaran kat sini,sebelum kluar dr bank tengok dulu kanan kiri,takut2 ade org yg mencurigakan ke kan. OK.Baibai...
Wassalam...

ps:mule esok kene puasa la hari2,takpon makan kat rumah jek,ikat perut giler2.pasrah jep....:-)

 
© Copyright 2035 Hands around us
Theme by Yusuf Fikri