Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Sebelum start mengarut lg kat entry kali ni,pertama skali aku nak panjatkan kesyukuran,Alhamdulillahi Rabbil'alamiin,sbb sehinga ke time ni,date hari ni,aku masih lg diberi peluang nak menikmati keindahan Islam n Iman,n banyak lagi nikmat2 lain yg Dia sediakan utk semua umat manusia.Insyaallah maghrib ni,masoklah kite sume ke tahun hijrah yg baru 1434H.Makanya,dr kiraan kalendar hijrah,setelah diperkenankan oleh surat beranak aku,maka insyaallah,alhamdulillah,aku akan masok ke umur 22 tahun...subhanallah..dah 22 tahon aku hidup..Tapi malangnye,selama 22 tahun ni lah,aku dpt rasekan yg aku tak sumbang tenaga jasa super power aku utk Islam..Banyak sangat main,enjoy dengan nikmat duniawi.Astaghfirullah...Ampunkan dosa aku ya Allah,juga dosa rakan2 seperjuangan yg juga mungkin banyak main macam aku,tp aku komfem lg banyak....Aaamiiinn...
So,1Muharram,or kalau kat Malaysia org kate Maal Hijrah,ape maknanya?Ape yg perlu kita buat sempena tarikh ni?
Party?
Makan2?
Majlis doa selamat?
Bace doa akhir n awal tahun?
Tak buat pape?
1 Muharram ni merupakan hari pertama bulan pertama bulan hijrah,yg mane sistem bulan hijrah ni diperkenalkan oleh Saidina Umar al-Khattab r.a. semasa pemerintahan khulafa' ar-Rasyidin utk memudahkan segala proses pengurusan pentadbiran.Maal hijrah pulak bermaksud bersama-sama hijrah,tp ini tak bermaksud 1 muharram ni ialah tarikh Rasulullah kita dan para sahabat berhijrah.So setakat ni,fahamkan?
So what are the main points here?
Maybe just nak terangkan sikit secara ringkas ape yg sebenar-benarnye pasal tahun baru hijrah ni.
1.Penetapan bulan muharram sebagai bulan pertama tahun hijrah.
Pada zaman pemerintahan khulafa' ar-Rasyidin,iaitu pd zaman pemerintahan Saidina Umar,satu sistem pentarikhan diperlukan bg memudahkan urusan pentadbiran negara memandangkan daulah islamiah pd ketika itu sedang berkembang pesat.
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orang ramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama.
(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
So daripada kisah kat atas ni,jelaskan?(malas nak hurai panjang2)
2.Tarikh hijrah Rasulullah
Ramai yg salah erti n salah faham dgn kata bulan muharram ialah bulan dimana Rasulullah n sahabat berhijrah ke madinah.Sebenarnya tanggapan ini tak tepat.Tahun hijrah dipanggil tahun hijrah bersempena hijrahnya Rasulullah pd bulan rabiulawal tahun tersebut,bukan bulat muharram.Mengikut kitab sirah ade mengatakan bahawa Rasulullah tiba di kota Yathrib pd 12 Rabiulawal.Huraian ini kuat mengatakan muharram bukanlah bulan hijrahnya Rasulullah.
Jadi insyaallah lepas ni kita bole sama2 sebarkan dan perbetlkan konsepsi ni dgn kawan2 kita sbb boleh kata most of our friends salah faham atas perkara ni.
Satu perkara lagi yg menjadi perbahasan ramai org is how we should celebrate tahun baru hijrah.Tidak terdapat sebaang amalan khusus sempena tahun baru hijrah.Takde pulak menjadi kewajipan utk kite membace doa awal n akhir tahun seperti yg bamyak diperkatakan oleh ramai orang.Namun,ia takdelah menjadi penghalang jika kia nak bace doa2 tersebut kerana berdoa tu adalah satu cara hamba mendekatkan diri pd Yang Maha Esa.Cumanya,tak perlulah sambut new year hijrah macam sambut new year masihi kerana dikhuatiri mengikut budaya yg tidak elok.Tidak salah meletakkan tahun baru sbg satu turning point or batu asas utk same2 melihat misi n visi diri sndiri dgn meletakkan azam dan cita2 utk tahun tersebut n sbg satu titik tolak utk muhasabah apa yg dah pernah kita buat sepanjang tahun yg baru je berlalu.Nah!Amacam?Ada faham tak?hahahaha
So lastly,salam maal hijrah kpd pembaca blog,semoga tahun ni lg baik dr tahun sebelumnye.Semoga tahun ni kita semakin rajin beramal an beribadat insyaallah.....
Assalamualaikum...
p/s:ari ni sambut bday kat kelas.cam biasa,pulut kuning!!!!homesick siap...hahahaha
2 comments:
selamat hari lahir kalendar hijrah :)
Apa kita buat smpena tarikh ni? Mkn pulut kuning!! : p salam tahun baru n happy birthday
Post a Comment